Tuesday, 20 May 2014

Pengenalan

Kepakaran kami dalam membuat Roti John dengan resipi tersendiri dan sudah pasti dapat memberi kepuasan kepada anda untuk menikmati rasa Roti John yang sebenarnya. Keistemewaan utama RJA. ini adalah mengekalkan konsep “HALALAN THOYYIBA”.“Wahai manusia! Makanlah apa apa sahaja yang ada di atas muka Bumi dari yang Halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut langkah langkah SYAITAN; Sesungguhnya SYAITAN itu musuh nyata.”(Surah AL-Baqarah: 168)

Latar Belakang Roti John AM.RIE

Roti John AM.RIE merupakan produk bumiputera milik Muhammad Amri bin Mohd Affendi yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Roti John AM.RIE lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Roti John AM.RIE telah menular ke Jempol,Negeri Sembilan dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Jempol, Negeri Sembilan.
AM.RIE Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama am.rie.
Diasaskan pada tahun 2014 oleh Muhammad Amri b Mohd Affendi dan Muhammad Khoirul b Mohd Affendi dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Produk berjenama am.rie kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.